I made this widget at MyFlashFetish.com.

b'gAndIng bAhU

Sunday, April 12, 2009

MASALAH GEJALA SEKS PELAJAR INSTITUSI AGAMA ISLAM

Di dalam kes yang pertama. Pada tarikh 30 Syaaban 1438H, Jeff, 22, seorang bekas penuntut sekolah menengah agama yang agak ternama, memberi mesej melalui khidmat pesanan ringkas kepada kenalan wanitanya yang baru dikenali selama sebulan.

”Malam ni kita jumpa di belakang stadium. Tempat tu tak ramai orang lalu-lalang,”

”Takpe ke Jeff, dijamin selamat ke? Kalau macam tu kita jumpa lepas isyak,”

Ketika di tempat kejadian.

”Jeff, janganlah kuat sangat,emm,sakit tau,”

”Sakit ke sayang? Kalau macam tu, bagi Jeff main yang ’bawah’ pula ok? Sayang punya ’atas’ dan ’bawah’ memang mantap, ”

30 minit kemudian.

” Kami dari JAIJ. Sila ikut kami ke balai polis. Anda berdua disyaki di bawah Seksyen 67 di bawah jenayah syariah atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam,”

Di dalam kes kedua. Zaza, 22, penuntut salah sebuah institusi agama yang terkenal tidur bersama teman lelakinya yang merupakan tunangan orang di dalam sebuah khemah di tepi pantai. Tidak sampai sepuluh minit, badan penguatkuasa JAIS yang sedang membuat rondaan di situ datang kepada mereka lalu menahan mereka di bawah Seksyen 61 atas kesalahan percubaan persetubuhan haram (khalwat) kerana berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat yang kurang cahaya dan mencurigakan.

Dua senario ini adalah antara beberapa kes jenayah syariah yang melibatkan penuntut dari universiti dan sekolah agama. Dewasa ini, para remaja dan gejala seks adalah antara gejala terbesar di bawah gejala sosial. Tidak mustahil negara Malaysia akan menjadi seperti negara-negara barat seperti Amerika Syarikat yang rakyatnya bebas melakukan seks sekiranya tidak diambil berat oleh pihak-pihak tertentu. Tambahan pula para remaja dari institusi agama Islam juga turut sama terlibat ke dalam kancah maksiat ini yang merupakan tunggak dan harapan agama untuk memacu umat Islam masa kini dan akan datang. Hal ini sekaligus meruntuhkan kepercayaan sesetengah pihak terhadap remaja yang beraliran agama.

Pembantu Rekod Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Nur Fazilah Abd Ganie menerangkan, jika dilihat statistik tangkapan jenayah syariah Negeri Sembilan enakmen jenayah syariah Negeri Sembilan 1992 yang diambil dari Unit Rekod dan Maklumat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,(JHEAINS) Seksyen 61(1) kesalahan percubaan persetubuhan haram (khalwat) dan Seksyen 60 kesalahan persetubuhan semakin meningkat pada tahun 2008 berbanding 2007 dengan masing-masing 399 kes berbanding 369 kes dan 0 kes berbanding 10 kes.

”Walaubagaimanapun bilangan tangkapan bagi Seksyen 67 kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam adalah menurun dari tahun 2006 hinga 2008 iaitu dari 34,16 dan 14 kes sahaja. Sehingga Mac 2009 pula, kes tangkapan tertinggi adalah melibatkan Seksyen 61(1) iaitu sebanyak 100 kes,”.

Menurut salah seorang penguatkuasa JHEAINS yang juga bertugas di Cawangan Informasi, Mohd Farid Redzwan, 27, memberitahu bahawa 70% tangkapan jenayah syariah adalah penuntut institusi pengajian tinggi. Tetapi jumlah tangkapan penuntut instusi pengajian agama tidaklah seramai pelajar-pelajar aliran biasa.

” Sepanjang saya bertugas membuat rondaan dan operasi penguatkuasaan jenayah syariah ini, nisbah bagi pelajar berlatarbelakangkan agama berbanding yang kurang menekankan agama ini ialah 1:10 bagi setiap tangkapan,” katanya.

” Bagi pelajar aliran agama, kebanyakkan mereka terlibat di dalam kes-kes begini kerana kejutan budaya terutama bagi pelajar universiti. Ini berikutan mereka tidak pernah bersosial secara berlebihan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan juga dijaga ketika di sekolah menengah. Apabila di peringkat universiti, mereka bercampur dengan pelbagai jenis umat manusia dan mereka merasakan mereka juga perlu menjadi seperti orang lain supaya tidak dianggap ketinggalan zaman,” tambahnya lagi.

Jeff ketika ditemui, berkata bahawa beliau sudah terjebak dengan gejala seks ini sejak dari bangku sekolah rendah lagi manakala Zaza pula memberitahu bahawa beliau mula terjatuh di kancah sosial seks ini ketika di tahun pertama pengajian di universiti.

”Ketika darjah dua, saya sudah pandai bercerita tentang seks dan mula menonton filem-filem ’blue’ ketika darjah enam. Saya mula berjinak-jinak dengan perempuan ketika tingkatan empat dan ’bermain’ dengan mereka di tingkatan lima,” jelas Jeff ketika disoal.

Zaza pula menjelaskan,”Perjalanan titik hitam saya bermula apabila abang angkat saya yang juga seorang ustaz telah menyentuh ’breast’ saya dan mencumbui saya secara paksa di satu tempat yang agak gelap. Lama-kelamaan perkara begini sudah menjadi kebiasaan bagi saya,”.

”Sepanjang tiga tahun ini, saya pernah tidur bersama dua orang lelaki beberapa kali, tetapi saya hanya pernah melakukan persetubuhan sekali sahaja, tapi yang lain-lain hanyalah perkara-perkara ringan besama lebih kurang tujuh orang lelaki,” tambahnya lagi.

Ditanya mengenai punca berlakunya kes begini terhadap pelajar aliran agama, Mohd Farid Redzwan megulas, antara punca utamanya ialah sifat keinginan untuk merasa yang terpendam dan juga masalah yang timbul dari keluarga individu terbabit.

”Selepas tangkapan dibuat, majoriti ibu bapa yang hadir sebagai penjamin adalah ibu bapa yang sudah bercerai dan ada juga ibu bapa yang tidak mengambil endah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka,” katanya.

Menurut pengalaman seorang penuntut sebuah maktab perguruan di Negeri Pahang, Abu Farhan Zakaria, 22, memberitahu bahawa salah seorang temannya yang berasal dari keluarga agak berada di Sarawak telah dipindahkan ke maktab perguruan di Negeri Pahang kerana ditangkap khalwat di sebuah hotel di mana sebelum ini telah digantung pengajiannya selama satu semester.

Hazwan Zakaria, penuntut tahun akhir Darul Quran, 21, pula menambah, kemungkinan tarbiyah yang didapati ketika sekolah menengah tidak efektif terhadap diri mereka kerana seseorang yang benar-benar terdidik hatinya pandai menjaga diri dari segala maksiat dan dosa-dosa besar. Allah Taala sentiasa menjaga umatnya yang menjaga ikatan dirinya dengan Tuhannya.

”Semuanya adalah bergantung terhadap diri sendiri, seseorang perlulah mengelak dari perkara-perkara yang menjurus ke arah zina ini. Remaja berpendidikan agama terjatuh di lembah ini kerana rohani mereka tidak di 'cas', pendek kata tiada motivasi rohani. Lama-kelamaan mereka menganggap maksiat ini perkara ringan sahaja,” jelasnya.

”Ada satu kaedah fiqh, bahawa perkara-perkara yang membawa kepada haram, maka perkara itu secara automatiknya menjadi haram,” tambahnya.

Menurut mafhum surah ar-Ra'd:11, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yg mengubahnya…,”.

Walaubagaimanapun, kawan-kawan juga berperanan penting di dalam mempengaruhi seseorang. Tidak pandai memilih kawan dan tersalah memilih kawan menjerumuskan seseorang ke arah keburukan. Menurut Zaza, seorang yang berpendidikan agama yang tinggi dan berteraskan institusi keluarga yang pentingkan agama tidak mungkin terjebak dengan hal sebegini jika mempunyai hati yang tetap.

“Adalah menjadi perkara yang tidak asing lagi bagi remaja untuk mencari sesuatu yang baru dan luar biasa. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya mahu mendaptkan kawan yang ramai dari pelbagai ceruk dan budaya. Kononnya mahu mengambil pengalaman baru dengan sahabat baru, tapi akhirnya jatuh rebah bersama mereka,”.

Mohd Farid Redzwan ketika ditanya tentang tindakan yang diambil pihak JHEAINS untuk membanteras perihal ini menjelaskan bahawa pihaknya melakukan rondaan setiap malam dan melakukan operasi pada tarikh-tarikh tertentu dan juga bergantung kepada aduan orang awam.

“Setakat ini, pihak JHEAINS mempunyai 60 anggota tetap dan 400 orang sukarelawan. Kami semua mempunyai kad kuasa masing-masing. Tidak semua kakitangan jabatan agama diberi kuasa menangkap bagi kesalahan jenayah kecuali Unit Penguatkuasaan dan sukarelawan-sukarelawan yang dilantik yang mempunyai kad kuasa termasuk imam-imam,”.

Menurutnya lagi, pihak kerajaan menetapkan beberapa anggota tetap di setiap daerah dan negeri untuk memudahkan perjalanan operasi dan perbanterasan. Hal ini memudahkan orang awam untuk membuat aduan dalam usaha membanteras gejala ini. Tegasnya lagi, sokongan dan kerjasama dari orang awam adalah sangat penting untuk menahan wabak ini dari berleluasa.

Tiga kenalan Hazwan Zakaria dibuang dari institusi pengajian sehari sebelum peperiksaan akhir apabila perlakuan mereka di Genting dan tindakan mereka yang menyimpan gmbar bogel teman wanita mereka dihidu oleh pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP). Setelah disoal siasat pihak atasan mengambil tindakan nekad dengan membuang mereka dari institusi pengajian tersebut.

“Kemungkinan besar hal ini diadukan oleh pelajar-pelajar sendiri kepada HEP. Tindakan berani mereka menceritakan pengalaman mereka di Genting dan menyimpan gambar itu telah meng’kantoi’kan diri mereka sendiri. Memang sedih apabila mereka dibuang di saat-saat akhir pengajian, tambah lagi sehari sebelum peperiksaan akhir,” katanya.

Menurut hadith Rasulullah: Dari Abu Said Al-Khudri r.a, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa di antaramu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya), jika ia tidak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya), dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Pihak JHEAINS juga turut memberitahu antara inisiatif yang diambil untuk mencegah dan memberi fahaman yang sebenar tentang jenayah syariah ini ialah dengan mengadakan pameran, ceramah, kaunseling dan pelbagai lagi.

“Sepanjang tahun 2008, pihak kami telah turun padang di semua institusi-institusi pendidikan terutama kolej-kolej dan universiti kecuali USIM kerana tidak mendapat maklum balas dari pihak atasan USIM,” jelas kakitangan Cawangan Informasi JHEAINS itu.

“Kami berharap, kami dapat turun padang dan memberi sedikit pemahaman tentang jenayah syariah ini kepada mahasiswa dan mahasiswi USIM,”

Zaza yang berada di tahun akhir pengajiannya sedang berusaha untuk menjauhi sejarah-sejarah hitam beliau. Beliau bertekad tidak mahu mengulangi kisah lama dan mahu fokus pada pengajiannya dan mencapai cita-citanyas . Kisah hidupnya tidak pernah diceritakan kepada keluarganya untuk menjaga hati mereka. Dengan adanya teman yang membimbingnya sekarang, diharap dirinya tidak terjatuh ke curam yang amat dalam itu lagi.
“Syukur kerana masih belum terlambat lagi untuk saya bertaubat dan menjalani kehidupan yang sejahtera. Tidak sangka perkenalan dengan “diri’nya membawa seribu satu rahmat kepada saya. Nasihat dan peringatan yang diberikan membankitkan semangat saya untuk berubah,”.

Manalaka bagi Jeff yang kini menuntut di tahun dua sebuah institusi aliran agama di Negeri Sembilan, kejadian beliau ditangkap JAIJ sedikit pun tidak memberi rasa insaf kepada beliau. Malahan beliau tetap melakukan aktiviti yang sama sehingga kini bersama wanita yang lain. Tetapi jauh di sudut hatinya tetap berjanji akan meninggalkan perkara terkutuk ini pada masa akan datang.

2 comments:

  1. pendidikan bermula dirumah. ibu bapa perlulah menunjukan contoh teladan yang baik kepada anak2 mereka.ibu bapa bukanlah hanya sekadar menghantar anak mereka ke sekolah tanpa pengawasan dan pemantauan, ibu bapa hanya menyerah bulat2 tanggungjawab tersebut kepada guru dan pihak sekolah.
    pelajar itu sendiri juga haruslah pandai memilih kwn. hadis Rasulullah S.A.W bermaksud: sesorang itu bergantung pada perangai@agama kawanya.maka lihatlah seseorang itu dengan siapa dia berkawan.
    dalam teori kaunseling ada menyatakan bahawa manusia itu mempunyai tiga personality, Id, ego dan superego. Id adlah naluri yang mendorong seseorang itu untuk melakukan perkara yang tidak bermoral. manakala superego adlah naluri yang mendorong perkara yang bermoral. ego adalah naluri yang memilih atau membuat keputusan untuk individu itu, samaada memlih Id atau superego.oleh itu individu itu sendiri perlu lah bijak untuk memilih apa yang terbaik untuk dirinya..

    sekadar perkongsian bersama...
    wasalam..

    ReplyDelete
  2. ni bukan nak mempersendakan dan bukan nak memperlekehkan mana2 jabatan agama islam...
    pertama sekali,saya nak tegur tentang peradaban/budi bahasa pekerja2 sukarela(volunteer) yg turut sama membantu meringankan tugas2 majlis agama islam seperti membuat tangkapan secara mengejut atau "rush" dimana bahasa yg mereka guna tersangat2 biadap dan kurang enak didengar bila bercakap dengan suspek...
    kedua,saya nak tegur kepada "volunteer" WANITA pula...tolonglah berpakaian yg melambangkan tema atau nama jabatan yg kalian bawa...dengan berpakaian seluar ketat paras betis,tak bertudung menunjukkan aurat rambut yg ber'dye' perang dan bertindik di hidung datang buat serbuan...ape kes???...hiasi peribadi dulu sebelum nak betulkan kesilapan org lain...
    yg ketiga,jabatan agama islam ni takde uniform rasmi ke????..datang buat serbuan dgn pakaian yg tak sepatutnye....ade yg dtg pakai seluar pendek,t-shirt tak berlengan,rambut panjang berjela(lelaki)dan leher ade kesan "love bite"...mane2 org pun tak yakin dan tak percaya yg kalian ni dari jabatan agama islam...jgn salahkan sesiapa sekiranya ada diantara kami(termasuk saya) tak buka pintu dan tak beri kerjasama...setakat tunjuk kad jabatan,semua org pun boleh tunjuk...zaman yg serba canggih ni,mcm2 org boleh tiru dan tipu...
    jadi,tolong ikut SOP yg dah ditetapkan oleh jabatan...
    saya bercerita disini berdasarkan pengalaman yg saya alami...yg salah dilepaskan,yg tak berdosa di paksa mengaku salah...akhirnya saya buat laporan polis dan keputusan tak ada bukti yg saya bersalah...tak perlulah saya taip jabatan agama islam dari negeri dan daerah mana disini...SIAPA MAKAN CILI DIALAH YG RASA PEDASNYE..
    ingat-mengingati antara satu sama lain adalah untuk kebaikan kita bersama...
    sekian...///

    ReplyDelete